Blogger Templates

Friday, February 3, 2012

menuju hari bahagia..~~

entri kali nie adalah mengenai hari bahagia.. apa benda tu ea? hehe..mestilah perkahwinan..dalam beberapa bulan lagi, aku akan disunting dan akan bergelar isteri buat seseorang..insyaAllah.. bersediakah aku menuju gerbang perkahwinan? perkahwinan merupakan penyatuan dua hati yang masih belum mengenal satu sama lain.. mampukah aku? aku berserah pada Yang Maha Kaya dan Yang Maha Mengetahui iaitu Dia... semoga Dia membuka pintu hati aku untuk menjadi isteri yang solehah untuk bakal suami aku.. 













untuk berlaku jujur, aku sangat2 nervous@cuak haha... bayank benda yang kena buat.. senang cakap bukan senang nak kahwin nie.. selamat aku dikurniakan mama yang sangat2 membantu.. kakak sayaang mama la hehe... kalau harinie 03/01/2012 maknanya ada 118 hari lagi.. dengar macam lambat lagi tapi aku rasa tak lambat mana dah..semua berlaku dalam sekelip mata..



aku bermohon pada mu yaAllah, Kau kuatkanlah semangat aku..Kau permudahkan urusan aku menuju hari bahagia..Kau redha lah hubungan aku dan tunang ku dan restuilah perkahwinan yang kami bakal jalankan..sah ja aku menjadi isteri seseorang, segala dosa pahala aku ditanggung oleh bakal suami aku..Kau elaklah aku dari berlaku derhaka..Kau kurniakan lah syurga dan ganjaran untuk ibu dan ayah ku yang telah menjaga dan membesarkan aku yaAllah....ammiiinnn....





1 comment: